BAGAN DATUK: Sebuah pertubuhan belia, Team Anak Muda Utara berjaya mengumpul kira-kira 40 tan pakaian terpakai untuk diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara menerusi program kebajikan yang dilaksanakan sejak April lalu. Pengasasnya, Naziroh Yahaya, 40, berkata, pertubuhan itu dianggotai golongan belia berusia antara 19 hingga 25 tahun yang aktif menganjurkan program kemasyarakatan di seluruh negara. Menurutnya, program utama yang dijalankan adalah pembelian dan pengumpulan pakaian terpakai yang ditempatkan di…









