TTDI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 dengan mengawal harga 14 jenis barangan keperluan bermula 23 hingga 27 Disember ini. Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Mohd Sabri Seman berkata, pelaksanaan skim selama lima hari itu melibatkan dua hari sebelum perayaan, hari Krismas serta dua hari selepas perayaan bagi memastikan keseimbangan kepentingan pengguna dan peniaga. Menurut beliau,…










