BUKIT MERTAJAM: Projek pembinaan sekolah berkonsepkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mula dilaksanakan pada Mei lalu bukan sahaja membantu menyelesaikan isu sekolah padat khususnya di Lembah Klang, malah menjimatkan masa pembinaan. Ini kerana kaedah IBS hanya mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, berbanding pembinaan sekolah baharu secara konvensional yang lazimnya memakan masa sehingga lima tahun. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya…










