KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengakui berdepan kekangan sumber dalam memastikan setiap jalan raya di seluruh negara diterangi cahaya lampu bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna terutama pada waktu malam. Ini susulan rungutan pengguna berhubung ketiadaan cahaya lampu di Jalan Persekutuan di Johor yang menyukarkan pemanduan pada waktu malam. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya kini memfokuskan strategi untuk memperluas pencahayaan jalan secara berperingkat dengan mengutamakan kawasan…









