PUTRAJAYA: Prinsip berpakaian sopan ketika berurusan di premis kerajaan termasuk balai polis terus dipertahan, namun ia tidak boleh sama sekali menghalang orang awam daripada membuat laporan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tugas utama pasukan polis adalah menerima setiap laporan tanpa bersyarat. “Tugas utama pasukan polis apa dia, menerima laporan. Itu tugas dia. Keadaan bagaimana sekalipun, laporan itu tetap kena ambil. Itu tak ada ‘basa-basi’,” katanya ketika…










