PUTRAJAYA: Muafakat yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan kekal mantap tanpa sebarang unsur pengkhianatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat kerjasama antara parti-parti dalam gabungan kerajaan hari ini juga dibina atas dasar keikhlasan. “Saya bersyukur kerana muafakat kerajaan Perpaduan lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj (atau) khianat seperti yang berlaku di kalangan rakan-rakan lain,” katanya menerusi sidang akhbar khas di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.…









