PETALING JAYA: Seorang kelindan lori didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon pintar, dua minggu lalu. Tertuduh, S. Thanaraj mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa. Mengikut pertuduhan, Thanaraj, 32, didakwa memiliki bahan lucah dalam bentuk gambar dan video dalam telefon jenis Oppo miliknya di sebuah kondominium di Jalan Masjid Bandar Utama pada pukul 12.30 tengah…










