PETALING JAYA: Kemelut politik di Perlis didakwa berpunca daripada kegagalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menguruskan masalah dalaman gabungan itu. Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebagai pengerusi gabungan yang turut dianggotai Pas itu, Muhyiddin sepatutnya bertindak proaktif dengan memanggil mesyuarat sebaik wujud tanda pergolakan bagi mengelakkan krisis berpanjangan. katanya, apa yang menghairankan sehingga kini…










