KAKITANGAN syarikat Gadang Group baru-baru ini terlibat dalam program penanaman pokok di Hutan Simpan Sungai Ichat, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.
Lebih 300 anak pokok berkualiti tinggi termasuk damar minyak, cemara, meranti bukit, gerok dan merawan siput jantan ditanam dalam program itu bertujuan memulihara hutan serta kepelbagaian biologi.
Inisiatif tersebut dilihat berupaya memberi impak jangka panjang bukan sahaja kepada ekosistem tempatan malah menyumbang kepada kesejahteraan alam semula jadi.
Selain itu, penyertaan kakitangan Gadang Group juga memperlihat komitmen syarikat berkenaan terhadap kelestarian alam sekitar dan menunjukkan bahawa tindakan kecil hari ini mampu memberi impak besar untuk masa depan. – UTUSAN










