PUTRAJAYA: Berbaki 23 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan kali kedua dalam tempoh 36 bulan kerajaan Perpaduan mengambil alih kerajaan. Kali pertama dilakukan pada 12 Disember 2023 ketika kepimpinan Anwar melangkaui usia setahun, bertujuan membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa. Semalam, beliau mengumumkan sebanyak 28 jawatan menteri dan timbalan menteri berlaku perubahan termasuk lantikan serta penukaran portfolio baharu dalam…










