Jurukimpal warganegara India didakwa miliki pistol 

Jurukimpal warganegara India didakwa miliki pistol 

MOHD. Haseen (kiri) dituduh memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang jurukimpal warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran sah di sebuah kilang di Bedong, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Haseen, 38, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Nabisha Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki sepucuk pistol jenama Sig Sauer berwarna hitam tanpa kelulusan sah di pejabat sebuah kilang di Jalan Semeling, Bedong di sini, pada pukul 6.45 petang, 13 November lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Januari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes, selain mengarahkan seorang jurubahasa Hindi dilantik bagi membantu tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Alex Pang Tak Fatt, manakala tertuduh diwakili peguam Savinder Singh.

Sebelum ini, akhbar melaporkan polis menahan suspek selepas menemui kelopak peluru dan dua butir peluru dalam serbuan di asrama sebuah kilang memproses mi dan kuetiau di Jalan Semeling, Bedong pada 11 November lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pemeriksaan menemui kotak biru berisi kelopak peluru dan peluru di dalam bilik asrama tertuduh dan susulan itu, satu lagi serbuan dilakukan di pejabat kilang sama sebelum polis menemui beg plastik hijau di celah kotak yang mengandungi sepucuk pistol dan satu kelopak peluru. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN