Johor Plantations ambil alih sepenuhnya JPG Greenery Ventures, perluas portfolio biotenaga - Utusan Malaysia

Johor Plantations ambil alih sepenuhnya JPG Greenery Ventures, perluas portfolio biotenaga

Pemandangan udara loji Biomethane di Sedenak - GAMBaR HIAsAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Plantations Group Berhad (JPG) memperkukuh kedudukan strategiknya dalam sektor tenaga boleh baharu selepas mengambil alih sepenuhnya JPG Greenergy Ventures Sdn Bhd (JPGGV).

Langkah itu dilaksanakan setelah kumpulan perladangan minyak sawit itu memperoleh baki kepentingan ekuiti sebanyak 45 peratus dalam JPGGV daripada MTC Orec Sdn Bhd.

Menurut syarikat itu, JPGGV befungsi sebagai platform utama serta inisiatif tenaga boleh baharu, termasuk pengeluaran biometana, penaiktarafan biogas serta penukaran produk sampingan kelapa sawit kepada penyelesaian tenaga rendah karbon.

“Pemilikan penuh membolehkan JPG mempunyai hala tuju strategik yang jelas serta kawalan operasi yang lebih besar terhadap pembangunan dan perluasan portfolio biotenaga.

“Selain itu, penyatuan ini membolehkan kami memperkemas pelaksanaan, mengoptimumkan peruntukan modal serta mengintegrasikan tenaga boleh baharu dengan lebih berkesan ke dalam operasi perladangan teras kumpulan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, langkah strategik tersebut turut mengukuhkan penjajaran JPG dengan peralihan tenaga negara dan aspirasi sifar bersih negara,

“Pelaksanaan ini secara langsung menyokong penciptaan nilai jangka panjang melalui pengurangan intensiti karbon dan kepelbagaian aliran hasil.

“Buat masa ini, kami akan terus menilai peluang untuk memperluas keupayaan tenaga boleh baharu dan bioenergi selaras dengan strategi kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN