PETALING JAYA: Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini memegang jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lantikan itu dalam sidang akhbar mengenai Anggota Kabinet Kerajaan Madani di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, Johari menjawat jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. – UTUSAN










