PETALING JAYA: Tuduhan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa partinya membangkitkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana kepentingan politik adalah tidak jujur dan bersifat hipokrit. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berkata, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjadi Menteri Besar Selangor sudah pun mengiktiraf UEC semasa menjawat jawatan tersebut. “Pada waktu itu iaitu 2015, kerajaan Selangor mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke universiti milik…










