KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sudah menerima laporan berkiat kes rogol suka sama suka melibatkan golongan remaja perempuan bawah umur sebagaimana didedahkan oleh polis negeri ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd. Asri Mat Daud ketika dihubungi sebentar tadi.
“Bagaimanapun saya tidak boleh menggulas lanjut berhubung perkara tersebut.
“Hal ini kerana ia masih dalam penelitian perundangan melibat kes-kes yang telah diangkat itu,” katanya.
Utusan Online hari ini melaporkan, remaja perempuan bawah umur di negeri ini yang terlibat dengan rogol suka sama suka akan didakwa Mahkamah Syariah.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tindakan itu dilakukan melalui kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) hasil perbincangan dua bulan lalu.
Katanya, keputusan itu turut selari dengan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.-UTUSAN










