PETALING JAYA: ITMAX System Berhad (ITMAX), penyedia penyelesaian infrastruktur digital bersepadu berasaskan kecerdasan buatan (AI), mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 70 peratus atau bernilai RM5.6 juta dalam Tapway Sdn. Bhd. (Tapway), sebuah syarikat teknologi Vision AI yang memfokuskan aplikasi komersial. Pengambilalihan itu akan dibiayai sepenuhnya melalui dana dalaman dan sebagai sebahagian daripada pengambilalihan tersebut, Tapway akan menyediakan jaminan keuntungan sebanyak RM1.0 juta bagi setiap tahun kewangan selama tiga tahun berturut-turut,…










