PETALING JAYA: Dakwaan rasuah melibatkan pegawai kanan tentera tidak mencerminkan keseluruhan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Ibrahim dalam kenyataan berkata, majoriti anggota tentera berkhidmat dengan jujur serta menjunjung amanah diberikan. Menurutnya, isu ini menyentuh teras integriti dan amanah yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong serta rakyat kepada pegawai kanan tentera. “Siasatan mestilah dijalankan secara bebas…










