Amang seksual pelajar, pemandu bas sekolah direman tujuh hari

Amang seksual pelajar, pemandu bas sekolah direman tujuh hari

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin bagi permohonan reman.-UTUSAN/AMRAN ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang pemandu bas sekolah direman selama tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, Selasa lalu.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun, dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bermula hari ini sehingga 11 Februari ini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, kejadian terbongkar pada malam Selasa lalu apabila ibu pelajar lelaki berusia 14 tahun itu melihat perubahan sikap anaknya seperti menyembunyikan sesuatu.

“Remaja terbabit kemudian menceritakan kejadian didakwa berlaku pada pukul 3 petang hari yang sama ketika mangsa sedang dalam bas bersendirian selepas suspek menurunkan pelajar yang lain.

“Dakwanya, suspek memberhentikan bas di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Kesang sebelum bertindak mencabul mangsa.

“Pelajar terbabit terpaksa menuruti kemahuan suspek selepas lelaki itu bertindak mengunci pintu bas. Selepas ‘sesi’ berkenaan tamat, baharulah suspek membuka kunci pintu bas dan membenarkannya pulang,” katanya.

Sumber berkata, ibu mangsa berusia 39 tahun yang juga seorang guru, membuat laporan polis di Balai Polis Kesang malam tadi.

“Pol 59 telah dikeluarkan kepada mangsa untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka manakala suspek ditahan untuk permohonan reman hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN