SERDANG: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan senarai Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, merupakan Kabinet bekerja. Zambry berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin memastikan gabungan pemimpin antara senior dan junior dapat dilaksanakan. “Beliau (Anwar) ingin memastikan supaya pergabungan semua dapat dilaksanakan. Ada yang senior dan junior, orang veteran dan yang muda. “Kita letakkan dalam satu pasukan yang baik untuk memastikan supaya agenda Madani dapat…










