Ingatkan lurus, rupanya artis itu suka kaum sejenis - Utusan Malaysia

Ingatkan lurus, rupanya artis itu suka kaum sejenis

Young men talking, gossiping, whispering secrets, telling news on the sofa. Flat style cartoon vector illustration.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkejut juga Cik Bunga apabila mendapat tahu mengenai topeng sebenar seorang artis lelaki ini. Selama ini dia tampil sebagai lelaki straight, sejati.

Bahkan, dia juga rajin menyajikan bahan kandungan atau hantaran di media sosial ala jiwang mencari calon kekasih, perempuanlah maksudnya.

Pendek kata, imej yang dijual ialah lelaki bujang kesunyian yang mahu berumahtangga. Tapi rupanya, semuanya hanya lakonan.

Di hadapan kamera, dia cari wanita. Di belakang tabir, dia cari lelaki! Aduh… terus Cik Bunga teringat pada laporan berita sebuah spa lelaki diserbu di ibu negara baru-baru ini. Bukan sebab dia terlibat dalam serbuan itu. Cuma Cik Bunga terbayang-bayang pula isu seperti itu dalam kepala. Songsang rupanya artis itu.

Dengarnya bukan sekali dua sumber industri nampak dia keluar makan berdua dengan ‘lelaki istimewa’, berpegangan tangan sorok-sorok. Masuk keluar kondominium mewah yang sama. Tapi di media sosial, masih juga menjaja naratif yang dia ‘lelaki single, saya mencari teman wanita’.

Nasihat Cik Bunga, sudah-sudahlah guna wanita sebagai umpan bahan kandungan atau mahu menarik perhatian warganet. Sudah-sudahlah menjual kesunyian yang palsu.

Semoga artis lelaki itu mendapat hidayah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN