PETALING JAYA: Tahap Kadar Sara Diri (SSR) bagi komoditi pertanian terpilih negara menunjukkan pengukuhan ketara, namun Malaysia masih berdepan kebergantungan tinggi terhadap import makanan apabila nilai import mencecah RM93.8 bilion pada 2024, meningkat 19.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, SSR berperanan sebagai indikator utama keterjaminan bekalan makanan negara apabila nilai yang tinggi menunjukkan pengeluaran tempatan mampu memenuhi permintaan domestik. “SSR yang mencapai…










