KUALA TERENGGANU: Hanya tinggal 1,283 mangsa banjir di negeri yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setelah situasi banjir semakin pulih berbanding 2,547 orang, petang semalam. Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, sehingga pukul 9 pagi ini, semua mangsa terlibat adalah daripada 409 keluarga yang berlindung di 48 PPS di enam daerah. Banjir yang melanda Hulu Terengganu pula pulih sepenuhnya selepas semua mangsa yang dipindahkan ke PPS pulang ke…










