PETALING JAYA: Hujan berterusan yang dijangka melanda hujung minggu ini bukan pada paras ekstrem berdasarkan ramalan model cuaca. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, bagi mengetahui sama ada keadaan tersebut berpotensi membawa kepada banjir besar atau sebaliknya, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Katanya, analisis model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 14 hingga 17 Disember. “Keadaan ini berpotensi membawa…









