GOMBAK: UMNO tidak menjalinkan sebarang hubungan secara terus dengan DAP malah kerjasama politik ketika ini berpaksikan kerjasama antara gabungan parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama BN dan PH itu juga adalah demi kestabilan kerajaan di peringkat nasional ketika ini. “Oleh kerana MCA merupakan parti komponen di dalam BN manakala DAP adalah parti komponen di dalam PH maka…










