KANGAR: Banjir baru-baru ini menjejaskan seluas 78.03 hektar kawasan tanaman harumanis di Perlis, dengan anggaran kerugian sebanyak RM1,170,450 membabitkan 59 pengusaha. Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Hafizuddin Othman berkata, angka tersebut berdasarkan laporan awal dari 24 November hingga 2 Disember lalu, dan dijangka meningkat apabila bancian menyeluruh selesai. Katanya, pejabat pertanian daerah sedang menjalankan bancian bagi mengenal pasti keluasan sebenar dan bilangan keseluruhan pengusaha terjejas, kerana masih terdapat kawasan di mana…










