KUALA LUMPUR: Sektor minyak sawit di Malaysia dijangka terus kukuh pada 2026, disokong oleh harga minyak sawit mentah (MSM) dan permintaan yang stabil. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, harga minyak sawit mentah dijangka diniagakan melebihi RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini. Katanya, pada paras harga tersebut, industri kelapa sawit negara berada dalam keadaan yang agak baik dan stabil. “Saya menjangkakan harga purata MSM masih…










