KUALA LUMPUR: Hanya 18 peratus bakal jemaah haji dalam giliran membuat keputusan menangguhkan tawaran bagi musim haji 2026. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, setiap kekosongan akibat penangguhan akan diganti serta-merta melalui senarai permohonan rayuan dalam aplikasi THiJARI, sekali gus memastikan kuota haji rasmi dimanfaatkan sepenuhnya setiap tahun. Katanya, kuota tahunan rasmi negara yang diberikan Kerajaan Arab Saudi adalah seramai 31,600 jemaah sentiasa…










