SERDANG: Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) diseru memainkan peranan aktif sebagai alumni bagi terus mengangkat nama universiti ke peringkat serantau dan antarabangsa. Pro Canselor UPM, Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata, alumni merupakan aset penting yang mampu memperkukuhkan reputasi universiti sebaik sahaja melangkah keluar dari kampus. “Alumni adalah komponen utama dalam melonjakkan kecemerlangan universiti pada peringkat serantau dan antarabangsa. Sebaik meninggalkan kampus ini, graduan secara rasmi menjadi alumni UPM,”…









