KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 melanda kawasan Kepulauan Ryukyu, Jepun, petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 4.12 petang. Kejadian berpusat pada koordinat 27.6 darjah utara dan 128.7 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km). Gempa bumi itu berlaku pada jarak 184 kilometer timur laut dari Naha, Jepun. METMalaysia bagaimanapun memaklumkan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi…










