BAGAN DATUK: Sudah lebih dua minggu beberapa buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini berdepan masalah ‘banjir termenung’ Keadaan itu menambahkan lagi keresahan penduduk terlibat berikutan ramalan kemungkinan berlaku pula gelombang kedua banjir. Bagi penduduk Kampung Sungai Tiang Darat, Noornahar Bahaudin, 60, dia masih trauma dengan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini apabila rumahnya dinaiki air hampir dua meter. “Saya dan keluarga tinggal di sini sejak…










