KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Task Force Penyelesaian Tanah Felda Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim sedia memberi taklimat kepada Jemaah Menteri berhubung tindakan Kerajaan Negeri Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah tanpa kebenaran. Azman berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka dalam perkara berkenaan dan sedia hadir sebagai pihak ketiga untuk memberi penerangan terhadap sebarang isu berbangkit atau persoalan yang timbul. “Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka. Amalan dalam Mesyuarat Exco negeri, biasa dijemput…










