DUN Melaka zahir ucapan takziah pemergian Bung Moktar

DUN Melaka zahir ucapan takziah pemergian Bung Moktar

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Ucapan tersebut disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika memulakan Persidangan Ketiga (Belanjawan), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri di sini hari ini.

“Kita dikejutkan dengan berita mengenai pemergian Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin awal pagi tadi dan kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham,” ujarnya.

Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelaki Allahyarham iaitu Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di Facebook.

Bung Moktar mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berakhir pada Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN