MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi. Ucapan tersebut disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika memulakan Persidangan Ketiga (Belanjawan), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri di sini hari ini. “Kita dikejutkan dengan berita mengenai pemergian Pengerusi BN…









