SELAYANG: Dua premis perniagaan didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal mempamerkan tanda amaran larangan penjualan produk merokok kepada individu bawah 18 tahun, September lalu. Kedua-dua premis berkenaan iaitu M32B Foodcourt dan Pasaraya Greenwood yang masing-masing diwakili oleh Anson Tan An Sze dan Abdul Rahim Omar membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock. Mengikut pertuduhan, M328 Foodcourt didakwa…










