Ratusan ribu ringgit lesap, Ariff Bahran desak penganjur pulangkan wang - Utusan Malaysia

Ratusan ribu ringgit lesap, Ariff Bahran desak penganjur pulangkan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ariff Bahran, 27, dan beberapa rakannya menanggung kerugian ratusan ribu ringgit gara-gara ditipu penganjur acara.

Menurut Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, pelaku bukan sahaja menghilangkan diri, malah selepas setahun masih gagal memulangkan wang tersebut seperti dijanjikan.

“Saya dan rakan terlibat dalam kes penipuan sebanyak RM425,000. Penganjur (pelaku) sepatutnya bawa Sheila On 7 untuk mengadakan konsert di Malaysia pada tahun lepas, tapi gagal.

“Penganjur berkenaan setuju untuk membayar balik (wang dipinjam), tetapi sampai sekarang, selepas satu tahun, masih tak pulangkan wang kami,” katanya.

Ariff mendedahkan perkara menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Capricedaddycap, petang tadi.

Ariff yang juga penyanyi lagu Bicara Rasa juga mendedahkan kesengsaraan yang ditanggung rakan-rakannya selepas ditipu penganjur berkenaan.

“kalau engkau tengok video ini, aku nak kau tahu yang kawan aku baru bercerai, seorang lagi kereta ditarik, terpaksa gadai emas.

“Harap engkau selesaikan, bayar balik supaya aku tak perlu buat lagi video untuk ulas kes ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN