MASAK dengan penuh kasih sayang. Itu yang tersemat dalam diri Francesca Calamita setiap kali memulakan tugas sebagai cef di restoran Itali, Positano Risto. “Masak dengan sepenuh hati. Makanan Itali, budaya Itali, semuanya dilakukan dari hati,” kata Francesca kepada saya dan keluarga yang berkunjung ke situ, baru-baru ini. FRANCESCA Calamita (kanan) dan Luca Santoro kedua-duanya berasal dari Itali. Francesca yang berasal daripada Bari berkata, restoran itu memang khusus menyajikan masakan asli…









