KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dia mendera isterinya, Uqasha Senrose, 33, sepanjang empat tahun perkahwinan mereka. Malah, Kamal memaklumkan dia berani bersumpah yang dakwaan itu sekadar tuduhan yang berniat untuk menjejaskan maruah dan reputasinya. “Saya sudah dapat menjangkakan yang tuduhan seperti ini pasti akan ditimbulkan. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, bersumpah atas nama ibu ayah yang saya tak pernah pukul Uqasha. Saya tak pernah…










