KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Budi Madani RON95 (Budi95) bukan untuk menggalakkan peralihan pemandu ke kenderaan elektrik (EV) atau hibrid, tetapi untuk beralih dari subsidi pukal ke bersasar. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif itu adalah untuk bantuan bahan api terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan bergantung kepada petrol sebagai sumber pendapatan atau keperluan harian. Kata beliau, keberkesanan pelaksanaan dinilai berdasarkan keupayaannya mengurangkan ketirisan, melindungi kumpulan…









