PARLIMEN: Baki RM150 juta SARA tidak dituntut disalur kepada golongan memerlukan

PARLIMEN: Baki RM150 juta SARA tidak dituntut disalur kepada golongan memerlukan

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM150 juta baki peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara sekali bayar 2025 yang tidak dibelanjakan atau dituntut sehingga 31 Disember lalu disalurkan kepada golongan memerlukan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebanyak 96 peratus atau 21 juta daripada keseluruhan penerima direkodkan tahuhn lalu dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.

Beliau berkata, baki empat peratus atau RM150 juta yang tidak dibelanjakan itu akan diagihkan kepada empat golongan iaitu penghuni pusat perlindungan mangsa keganasan rumah tangga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Kedua, kita akan agihkan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dan pelajar berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) yang meminta kementerian menyatakan jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.

Zaliha juga ingin tahu status baki bantuan tidak dibelanjakan penerima hingga tarikh luput 31 Disember 2025 dan pelan penambahbaikan bagi 2026.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat), Amir Hamzah berkata, kerajaan akan memperluas kategori barangan yang boleh diakses di bawah SARA bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Kata beliau, antaranya pembelian barangan sejuk beku dan pelbagai produk tenusu.

“Kalau kita lihat dari segi dasar, bila kita melebarkan kepada 10,000 kedai , jaringannya cukup luas, tidak ada isu tebusan kerana lebih 99 peratus yang layak menggunakan SARA.

“Usaha kita adalah untuk tingkatkan jaringan kecil sampai 10,000 kedai kecil masuk dalam SARA, jadi banyak lagi ruang untuk mereka gunakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN