PETALING JAYA: Denda hingga RM2,000 serta hukuman tambahan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam boleh dikenakan terhadap individu yang membuang sampah di tempat awam mulai 1 Januari 2026. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penguatkuasaan lebih ketat itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pendekatan mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran. “Saya memandang…










