PETALING JAYA: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) komited beri kerjasama sepenuhnya kepada Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan insiden ambulans di Setapak. Setiausaha Agung BSMM, Datuk Danial Iskandar Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur semalam, bagi membolehkan siasatan rasmi dijalankan pihak berkuasa sepenuhnya. “Hospital Kuala Lumpur telah mengesahkan kepada BSMM berikutan insiden terbabit, seramai lapan individu cedera termasuk kanak-kanak perempuan…










