KUALA NERUS: Pertambahan populasi melebihi 50,000 orang dengan kedatangan pesakit sehingga 800 orang sehari di kawasan Bukit Tunggal, di sini memerlukan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal baharu disegerakan. Projek itu dicadangkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-14 (RMK-14) bagi tempoh 2031 hingga 2035, namun situasi semasa menunjukkan keperluan mendesak untuk mempercepat pelaksanaannya berikutan peningkatan mendadak jumlah pesakit. Seorang penduduk, Noraini Busu berkata, penyegeraan pembinaan Klinik…










