PETALING JAYA: Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan melabel Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti. BPN Bersatu Negeri Sembilan bersama tujuh ketua bahagian berkata, kepemimpinan tertinggi perlu mengambil tindakan tegas terhadap semua individu termasuk Chegubard yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindakan memburukkan imej parti, menjejaskan keyakinan rakyat serta menggugat kesatuan dalaman. Katanya, kepimpinan negeri memandang serius…










