Berani kerana benar, takut kerana salah - Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Berani kerana benar, takut kerana salah – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tak berani, takut, macam-macam alasan diberi.”

Demikian sindiran penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, terhadap individu tertentu yang berdolak dalih apabila ‘diseru’ ke mahkamah untuk mengikuti sesi hakam bagi proses perceraiannya.

Tanpa mendedahkan identiti orang yang dimaksudkan, Nora menyifatkan individu berkenaan sekadar berani ‘menyerang’ di media sosial, namun gentar bila diajak bersemuka.

“Tidak berani hadir dan bersemuka dalam sesi hakam. Ini tandanya berani kerana benar, takut kerana salah! Period!

“Budak zaman sekarang berani kecam, caci, cakap macam-macam di media sosial.

“Tapi bila dipanggil ke mahkamah, jumpa panel untuk bersemuka depan-depan, tak berani, takut.

“Macam-macam alasan diberi,” tulisnya.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 21 Oktober lepas sebagai tarikh pelantikan hakam untuk kes perceraiannya.

Nora pada April lepas memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Dr. Rushdi Ramli atas alasan desakan pihak ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN