KUCHING: Bantuan Kerajaan Sarawak kepada rumah-rumah ibadat agama lain yang disalurkan menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan diteruskan tahun depan, meskipun banyak penerima yang gagal mengemukakan laporan mengenai penggunaan peruntukan tersebut. Bagaimanapun, Timbalan Premier selaku menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jumlah peruntukan baharu itu belum lagi diketahui. “Sebenarnya, setiap tahun Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) akan memperuntukkan sejumlah dana…










