KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa terjejas meningkat kepada 3,575 orang melibatkan 1,123 keluarga setakat pukul 4 petang ini. Menurut laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, empat daerah terjejas iaitu Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan yang menyaksikan pembukaan 37 pusat pemindahan sementara (PPS). Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 20 PPS dibuka, melibatkan 848 keluarga dan 2,694 mangsa. Maran pula mempunyai sembilan PPS dengan 136 keluarga…










