SERDANG: Dilahirkan dengan autisme ringan tidak menjadi penghalang kepada Muhammad Syazni Hanif Mohd. Rafi, 25, untuk melakar kejayaan. Graduan Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Universiti Putra Malaysia (UPM) itu membuktikan bahawa kekangan bukan alasan untuk berputus asa, sebaliknya mampu diatasi dengan sokongan, usaha dan keyakinan diri sehingga cemerlang dalam akademik, kepimpinan dan kerjaya. Muhammad Syazni Hanif mengetahui mengenai kekurangan dimiliki daripada ibunya, Rafizah Abdul Rahman, 52, ketika berusia sembilan…










