PITAS: Sebuah blok asrama kekal di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinapak, Pitas, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, PBT II Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 pagi ini. Bertindak atas laporan itu, katanya, sebuah jentera bersama lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai. “Pasukan bantuan dari BBP…









