ALOR GAJAH: Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memperkenalkan aplikasi MySAMB bagi memudahkan pengguna menyemak dan membuat pembayaran bil hanya dihujung jari. Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd. Saleh Yusman berkata, pengenalan sistem baharu itu juga dijangka memudahkan lebih 365,095 pengguna berdaftar menerima notifikasi bekalan air secara masa nyata. Menurutnya, selain itu aplikasi itu turut memudahkan pengguna mengurus akaun dengan pantas, selamat dan mudah serta tidak lagi perlu datang ke pejabat…










