KOTA BHARU: Aktiviti mendulang emas yang diluluskan Kerajaan Negeri Kelantan kepada penduduk di negeri ini perlu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati kerana risiko kerosakan alam sekitar boleh berlaku jika kawalan longgar. Pensyarah Kanan Jabatan Geosains Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Dr. Mohd. Syakir Sulaiman berkata, ia melibatkan kerosakan sungai, konflik kawasan selain kehilangan sumber emas secara tidak mampan. “Hasil kajian penyelidik UMK mendapati aktiviti mendulang tanpa kawalan…










